fbpx

5 sungai di Johor berada pada paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sejumlah 5 sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Lima sungai melibatkan kawasan di Muar, Segamat dan Mersing melepasi paras bahaya antaranya Sungai Muar di Panchor, Muar menunjukkan sungai itu berada pada paras 2.50 meter dengan trend menurun serta Sungai Muar di Liang Batu, Muar mencatatkan bacaan 2.82 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.69 meter dengan trend menaik.

“Di Sungai Pagoh, di Kampung Olak Sepam, Muar juga terus meningkat dengan bacaan 3.50 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 1.15 meter dengan trend menurun.

“Sementara itu, turut melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dengan bacaan 9.90 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.76 m dengan trend menurun dan Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing dengan bacaan 2.2 meter,” katanya.

Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 4,751 daripada 1,333 keluarga dipindahkan ke 69 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 9.00 pagi hari ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI