fbpx

Keserasian bantu KL Thunder julang Piala Sumbangsih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi pada Perlawanan Piala Sumbangsih antara Kuala Lumpur Thunder dan Bomba Fighters pada Liga Sepak Takraw 2022, di Stadium Titiwangsa, disini harı ini. FOTO : SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Persefahaman yang baik antara pemain membantu Kuala Lumpur (KL) Thunder menjulang Piala Sumbangsih Liga Sepak Takraw (STL) selepas menewaskan Bomba Fighters di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kebangkitan yang cuba dijelmakan Bomba Fighters di awal set kedua seakan belum cukup dan berjaya dinafikan oleh KL Thunders yang memastikan kemenangan 21-7, 21-14.

Ketua Pasukan KL Thunders, Amirul Zazwan Amir berkata, faktor persefahaman yang baik diantaranya dan rakan sepasukan menjadi pemisah antara KL Thunders dengan Bomba Fighters.

“Bagi saya semua pasukan memiliki kelebihan masing-masing. Ini perlawanan pertama dan saya percaya setiap pasukan masih mencari permainan sebenar.

“Di set kedua, kesilapan kami menghadiahkan mata kepada pasukan lawan tetapi dalam situasi 13-14, kami berjaya atasinya dengan baik.

“Keistimewaan kami adalah keserasian diantara pemain kerana pasukan ini dibarisi pemain sama seperti musim lalu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, Azlan Alias, Amirul Zazwan dan Syahir Rosdi berjaya memulakan perlawanan dengan penuh gaya untuk menoktahkan perlawanan 21-7.

Syahir menjadi antara watak penting buat KL Thunders selepas beberapa servisnya berjaya menghasilkan mata buat KL Thunders.

Memasuki set kedua, Bomba Fighters tampil lebih baik yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengutip mata namun keserasian jelas menjadi pemisah untuk KL Thunders mengesahkan kemenangan 21-14. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI