fbpx

Polis belum terima laporan sogok pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kerian antara Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob (dua dari kiri) dan Superintendan Mazuki Mat (dua dari kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian hari ini.

BAGAN SERAI – Polis masih belum menerima laporan berkaitan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berlaku sogokan wang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, hanya lima laporan diterima polis berkaitan PRK DUN Slim setakat ini, namun bukan berkaitan salah laku atau sogokan wang.

“Polis akan melakukan siasatan sekiranya ada laporan yang dibuat dan sehingga kini tiada laporan yang diterima.

“Sekiranya ia mempunyai unsur rasuah, kita akan pohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk campur. Buat masa ini memang tiada laporan dibuat dan saya dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak menerima apa-apa laporan berkaitan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kerian antara Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob dan Superintendan Mazuki Mat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Darerah (IPD) Kerian di sini hari ini.

Semalam, Mahathir yang juga pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa berlaku sogokan wang pada PRK DUN Slim yang menyebabkan mereka hanya mampu memperolehi lebih 2,000 undi berbanding jangkaan 4,000 undi.

Pada majlis tersebut, Mazuki, 58, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh kini menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Kerian menggantikan Omar Bakhtiar, 56, yang kini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.

Sementara itu, Razarudin berkata, Polis Perak telah membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad untuk membuat pemotongan bekalan elektrik terhadap 30 premis yang menjalankan aktiviti perjudian termasuk judi atas talian.

“Sebanyak 12 premis perjudian di Ipoh telah diambil tindakan termasuk pemotongan bekalan elektrik dan baki 18 premis lagi masih dalam tindakan.

“Saya menyarankan dan memberi arahan kepada semua Ketua Polis Daerah agar segera bertindak sekiranya menerima maklumat mengenai aktiviti perjudian ini.

“Perjudian di Perak setakat ini tidak serius, namun kita mahu negeri ini bebas daripada aktiviti perjudian terutamanya judi atas talian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI