fbpx

Banjir : Selangor luluskan peruntukan lebih RM40juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Amirudin Shari.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera lebih RM40 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan pembersihan di kawasan yang terjejas akibat banjir.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan tersebut diluluskan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.

Katanya, daripada jumlah tersebut sejumlah RM9.18 juta telah diluluskan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi melaksanakan 13 projek.

“Ini termasuk kerja pengukuhan dan pembinaan ban sungai, penambahan sistem amaran banjir di kawasan titik panas, pembinaan aras platform Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pembelian set penghidup mudah alih (genset).

“Manakala RM31.7 juta pula diluluskan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bagi projek kritikal seperti pembersihan runtuhan cerun dan tebing jalan,” katanya pada sidang akhbar khas pemulihan pasca banjir Selangor di sini hari ini.

Beliau memberitahu, setakat 4 Januari lalu didapati 876 yang perlu dibaik pulih dan 32 perlu dibina semula melibatkan lapan buah daerah di negeri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI