fbpx

32 saintis sertai misi siasat pencairan ‘Glasier Kiamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GLASIER Thwaites dilaporkan menyumbang empat peratus kepada kenaikan paras laut dunia. - Rob Larter

SANTIAGO, CHILE– Seramai 32 saintis kelmarin dihantar untuk memulakan misi di atas sebuah kapal penyelidikan Amerika Syarikat (AS) selama lebih dua bulan untuk menyiasat kawasan utama pencairan glasier Thwaites di Benua Antartika, lapor akhbar New York Post.

Pencairan pantas dilihat berlaku pada kawasan Glasier Thwaites yang menghadap Laut Amundsen dengan potensi kehilangan sejumlah besar bongkah ais disebabkan air laut yang semakin panas.

Glasier bersaiz menyamai negeri Florida itu digelar ‘Glasier Kiamat’ kerana memiliki bilangan bongkah ais yang banyak serta memberi ancaman kepada peningkatan paras laut dunia melebihi 65 sentimeter selama beratus-ratus tahun.

AS dan Britain bersama-sama menjalankan misi yang memakan belanja sekitar AS$50 juta (RM210.13 juta) untuk mengkajinya melalui jalan darat dan laut.

Thwaites dilaporkan berada di bahagian barat Antartika dan menganjur ke laut.

“Thwaites adalah sebab utama kita tidak mempunyai kepastian berkenaan unjuran kenaikan paras laut pada masa depan kerana ia berada di kawasan sangat terpencil dan sukar untuk dicapai,’’ jelas kenyataan Anna Wahlin yang merupakan ahli oseanografi dari Universiti Gothenburg di Sweden kelmarin. 

Temu bual itu diadakan dari Kapal Penyelidikan Nathaniel B. Palmer yang dijadual meninggalkan pelabuhan di Chile beberapa jam kemudian.

Thwaites menggugurkan kira-kira 50 bilion tan ais ke dalam laut dalam masa setahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI