fbpx

Kapal selam Rusia berlanggar dengan kapal perang Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONAR daripada frigat HMS Northumberland mengesan kapal selam Rusia sebelum pertembungan berlaku. - Getty

LONDON – Kementerian Pertahanan Britain (MoD) mengesahkan kejadian sebuah kapal selam Rusia bertembung dengan kapal perang milik Tentera Laut Diraja Britain dalam satu rondaan di perairan Atlantik Utara, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

HMS Northumberland sedang menjejaki kapal selam itu sebelum mengesan ia berada pada jarak beberapa ratus meter sahaja di belakang kapal perang tersebut.

Insiden pada penghujung 2020 itu dirakam oleh seorang kru televisyen yang ketika itu sedang merakam sebuah dokumentari.

Menurut MoD, tidak mungkin pelanggaran itu disengajakan.

Frigat HMS Northumberland sedang mengesan kapal selam itu di kawasan Lingkaran Artik selepas didapati hilang daripada radar, demikian menurut saluran berita Channel 5.

MoD berkata, kapal selam itu dikesan melalui teknologi sonar dan hidrofon peka bunyi yang dipasangkan pada satu tiub panjang untuk mengesan bunyi di dalam air.

Ketika kejadian, sebuah periskop dikesan di permukaan air oleh helikopter milik frigat HMS Northumberland sebelum menyelam kembali dan mengenai sonarnya.

Kerosakan berlaku pada kapal perang itu tidak dijelaskan, namun terpaksa kembali ke palabuhan di Scotland untuk dibaik pulih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI