fbpx

Artis kahwin sorok, mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti dunia yang berkahwin senyap-senyap,

TAHUN lalu, dunia hiburan tempatan dihangatkan dengan banyak berita selebriti terkenal yang memilih menyembunyikan hari bahagia mereka daripada umum. Hanya selepas beberapa ketika, barulah mereka mengumumkan berita perkahwinan kepada peminat seperti yang berlaku terhadap pasangan romantis Kamal Adli dan Uqasha, Carprice dan Farra Inalis, Yonnyboii dan isterinya Nik Nazira serta penyanyi Ariff Bahran. Adakah isu kahwin sorok atau mengejut merupakan trend dan pilihan ramai artis ketika ini? Hakikatnya, perkara tersebut sudah lama berlaku dalam industri. Berikut HibGlam menyenaraikan beberapa selebriti terkenal di seluruh dunia yang memilih pendekatan sama sebelum ini.

Lesti Kejora

PENYANYI terkenal Indonesia, Lesti Kejora dituduh hamil anak luar nikah gara-gara perutnya menonjolkan ‘baby bump’ ketika majlis perkahwinannya dengan Rizky Billar pada Ogos lalu.
Selepas isu tersebut hangat diperkatakan ramai, pasangan itu tampil mendedahkan bahawa mereka sebenarnya sudah pun bernikah secara senyap-senyap sejak tahun lalu. Billar juga mengakui, benar isterinya memang sedang hamil semasa berlangsung majlis perkahwinan rasmi mereka. Lesti selamat melahirkan bayi sulungnya pada 26 Disember lalu.

Riz Ahmed

DALAM diam, aktor kacak Riz Ahmed sebenarnya sudah pun berkahwin dalam satu pendedahan ketika muncul sebagai tetamu undangan untuk podcast Louis Theroux, Grounded awal Januari tahun lalu. Ketika itu, dia secara tidak sengaja membocorkan rahsia status perkahwinannya, namun tidak mendedahkan secara terperinci tentang majlisnya. Pelakon filem Venom itu hanya memberitahu, dia dan isteri, Fatima Farheen Mirza yang merupakan seorang novelis melangsungkan perkahwinan secara sangat rahsia dan ‘penjarakan fizikal’ kerana pandemik.

 

Ariana Grande

BINTANG popular Hollywood, Ariana Grande mengejutkan peminat apabila mengadakan perkahwinan secara rahsia di kediamannya, Montecito, California pada 15 Mei tahun lalu. Pelantun lagu Positions itu memilih Dalton Gomez, seorang ejen hartanah sebagai suami dan meraikan majlis perkahwinan mereka dalam skala serba ringkas.
Sebenarnya, tidak sampai 20 orang yang diundang meraikan hari bahagia pasangan yang terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada Disember 2020 itu.

Ed Sheeran

PENYANYI popular Ed Sheeran memilih melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Cherry Seaborn secara rahsia pada hujung tahun 2018. Berita perkahwinan mereka hanya disebarkan kepada umum pada Mac 2019. Menerusi majlis kecil-kecilan yang diadakan, hanya 40 orang tetamu dijemput tanpa ada seorang pun rakan selebriti yang diundang Sheeran.

Sung Joon

AKTOR terkenal Korea Selatan, Sung Joon pandai menyimpan rahsia apabila baru-baru ini sahaja mendedahkan dia sebenarnya sudah pun berkahwin dan memiliki seorang anak. Sung Joon membuat pendedahan tersebut pada Februari 2020. Alasannya, kesibukan menguruskan hal kemasukan ke kem tentera, dia tidak berpeluang membuat pengumuman berita gembira tersebut kepada peminat lebih awal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI