fbpx

Saya bujang terlajak, bukan duda – Mahadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahadi bersama isterinya, Heliza ketika selesai majlis akad nikah mereka.

PETALING JAYA – Perkahwinan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman telah mendapat perhatian dan sehingga kini kisah mereka masih menjadi bahan bualan ramai di media sosial.

Meninjau ke ruangan komen gambar dan video pernikahan pasangan baharu itu yang dimuat naik ke media sosial, rata-rata orang ramai mendakwa ahli perniagaan tersebut merupakan seorang duda dan perkahwinan bersama Heliza adalah kali yang kedua.

Walau bagaimanapun, Mahadi tampil menjelaskan status sebenar beliau menerusi sebuah rancangan televisyen hari ini bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang diberikan oleh orang ramai.

“Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang.

“Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri,” katanya.

Sementara itu, Mahadi juga berharap orang ramai sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka agar kekal hingga ke Jannah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI