fbpx

Selisih faham dalam pub punca pemandu e-hailing maut diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai

KUALA LUMPUR – Kegembiraan seorang pemandu e-hailing berhibur bersama teman wanita di sebuah pusat hiburan di Kepong, di sini tidak berpanjangan selepas dia mati dibelasah sekumpulan lelaki pada 28 Disember lalu.

Akibat perbuatan itu, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan daripada teman wanita mangsa yang juga warga asing berusia 40 tahun pada hari sama.

“Wanita itu mendakwa teman lelakinya diserang oleh sekumpulan lelaki tempatan semasa mereka berada dalam kereta di tempat meletak kenderaan tidak jauh dari pusat hiburan berkenaan.

“Enam lelaki membuka pintu kereta dan menarik mangsa keluar sebelum memukulnya secara bertubi-tubi sehingga parah.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan disahkan mati pukul 10.50 pagi, dua hari kemudian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Menurutnya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku antara teman wanita mangsa dengan suspek di dalam pusat hiburan hingga memaksa suspek mengekori pasangan itu hingga ke tempat meletak kenderaan.

Susulan kejadian itu, polis memberkas enam lelaki tempatan berusia 20 hingga 24 tahun dalam tempoh 24 jam pada 1 Januari lalu  di sekitar Lembah Klang, Johor dan Perak. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI