fbpx

Bekalan air masih belum pulih – Air Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi sehingga pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, ini kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 1 TON.

“LRA hanya boleh beroperasi apabila pencemaran berada pada tahap 0 TON. Bentuan bekalan air akan terus diagihkan melalui lori-lori tangki air.

“Pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang sedang beroperasi 24 sehingga bekalan pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Air Selangor akan mengemas kini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi mereka termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com.

“Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apple Store bagi mendapatkan maklumat terkini bekalan air,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI