fbpx

‘Boleh jimat RM15’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tukang gunting yang juga pelatih lepasan Giat Mara sibuk menggunting rambut orang ramai di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – “Memang jimatlah bagi saya. Kalau dua orang gunting (rambut) sahaja dah boleh jimat tak kurang daripada RM15. Itu belum campur dengan belanja lain lagi.”

Itu kata seorang ibu, Juridah Ahamad, 46, mengenai program gunting rambut percuma anjuran Pertubuhan Kebajikan Untuk Arus Transformasi (Perkuat) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Benggali di Kepala Batas di sini hari ini.

Menurut Juraidah, dia berterima kasih kepada penganjur kerana membantu meringankan beban khususnya ibu bapa yang rata-ratanya terkesan dari segi kewangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Juraidah datang ke program itu bersama dua anak lelakinya yang berusia lapan dan 11 tahun.

Selain Perkuat dan MPKK Padang Benggali, program yang julung kalinya diadakan itu turut mendapat kerjasama daripada Pusat Giat Mara Jelutong apabila hampir sepuluh orang pelatih lepasan institut itu yang mengkhusus dalam perkhidmatan gunting rambut turun padang bagi membantu kelancaran program.

Sementara itu, Pengerusi Perkuat, Mohd. Wazeer Seni Mohamad berkata, selain menawarkan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma, pihaknya juga membekalkan satu set alat tulis serta makanan kepada semua peserta yang terlibat.

“Kita sasarkan sehingga 40 peserta dengan keutamaan diberikan kepada murid sekolah rendah serta mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

“Bagi memastikan SOP (prosedur operasi standard) terjaga, hanya enam hingga lapan orang sahaja akan menerima perkhidmatan ini pada satu-satu masa,” kata beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI