fbpx

JHEAINS buka pusat pengumpulan al-Quran rosak akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaidi

SEREMBAN – Bagi menjaga kesucian al-Quran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuka empat buah pusat pengumpulan naskah kitab suci itu di negeri ini terutama yamg rosak akibat banjir.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Zaidi Ramli berkata, pusat itu bertujuan menjaga kesucian dan memelihara kemuliaan al-Quran sebelum ia dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan pihaknya.

“JHEAINS membuka empat pusat pengumpulan naskah al-Quran yang rosak akibat banjir. Lokasinya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rembau, PAID Jelebu, PAID Kuala Pilah dan PAID Port Dickson.

“Setiap pejabat agama daerah akan dikendalikan pegawai kami yang bertugas dan orang ramai ramai yang mahu menyerahkan al-Quran boleh menghubungi pejabat agama yang terbabit untuk maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, bagaimanapun pihaknya hanya mengumpulkan naskah al-Quran sahaja dan orang ramai dinasihatkan supaya mengeringkannya terlebih dahulu sebelum diserahkan di pusat pengumpulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI