PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa daerah di dua negeri tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terbabit ialah Sarawak dan Sabah.
“Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Kapit (Song dan Kapit).
“Selain itu, ramalan yang sama melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE