fbpx

Warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memotong jeriji besi dan memecahkan pintu bagi memasuki rumah warga emas yang ditemui meninggal dunia di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi hari ini. - FOTO: IHSAN BOMBA

KOTA TINGGI – Seorang warga emas ditemui tidak bernyawa di dalam rumahnya yang berkunci di Jalan Rambai, Taman Kota Jaya di sini pagi tadi .

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusman Abdullah berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mangsa terperangkap itu pada pukul 8.14 pagi.

Katanya, seramai lapan orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian menaiki satu jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS.

“Ketika tiba di lokasi terdapat seorang warga emas lelaki terkunci di dalam sebuah rumah. Anggota kemudian bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas pembuka kunci dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

“Mangsa dikenali sebagai Zainal Ahmad, 80 disahkan meninggal dunia oleh pasukan kesihatan dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 10.14 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI