fbpx

Pindaan Ordinan Peguam Bela Sabah berkuat kuasa Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Setelah melalui pelbagai proses di Parlimen sepanjang tahun lalu, pindaan kepada Ordinan Peguam Bela Sabah akhirnya bakal dikuatkuasakan pada 10 Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau telah pun menandatangani perintah pewartaan hari ini.

“Pindaan itu akan merangkumi pelbagai peraturan termasuk kawal selia Lembaga Tatatertib berkaitan perbicaraan disiplin terhadap peguam ingkar,” jelasnya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ordinan tersebut mula dibentangkan beliau sendiri di Dewan Rakyat pada 28 Oktober lepas untuk pindaan sebelum kemudian diluluskan di peringkat Dewan Negara pada 8 Disember lalu.

Ia seterusnya mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 28 Disember tahun lepas yang membolehkan pindaan diwartakan kerajaan setelah ditandatangani menteri berkaitan.

Mengulas lebih lanjut, Wan Junaidi berkata, perubahan ordinan itu akan membenarkan proses tatatertib menjadi lebih cekap untuk pelaksanaan siasatan dan memutuskan aduan awam.

“Kesimpulan sama ada untuk membatalkan, menggantung atau mendenda peguam terbabit atas isu pertikaian etika atau tingkah laku akan dapat dilakukan dengan segera,” tambahnya.

Sehubungan itu ujarnya, pindaan berkenaan akan membantu orang ramai yang teraniaya dan seterusnya mengembalikan keyakinan awam terhadap kewibawaan peraturan lebih ketat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI