fbpx

Jangkitan harian kekal lepasi kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,484 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,705,292 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan sebanyak 3,543 kes termasuk 364 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 2,776,699 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, 53 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,490 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua.

“Tujuh kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 5,960 kluster serta 190 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 253 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 130 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI