fbpx

Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra kekal nama terpanjang di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan nama tersebut.

PUTRAJAYA – Nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd. Suffian masih kekal sebagai pemilik nama terpanjang di Malaysia buat masa ini.

Itu pengesahan dibuat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat hari ini.

Dua hari lalu, kecoh di media sosial termasuk Facebook mengenai satu hantaran oleh pemilik akaun bernama, Mohd Sholihin yang berkongsi nama anak perempuannya yang juga unik dan panjang.

Nama yang dikongsi itu adalah Nur Shafia Aaliya Zulaika Amira Naura Aurora Yeeha Cinta Mohd. Sholihin.

Nama unik itu sempat ditularkan beberapa laman Facebook sejak semalam dan hari ini sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun, Mohd Sholihin kemudian tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menafikan mendaftarkan nama itu bagi anak perempuannya.

Menurutnya, paparan nama yang dikongsinya itu sebenarnya telah disunting dan ia dibuat secara suka-suka sebaliknya nama sebenar yang didaftarkan adalah Nur Shafia Aaliya Mohd. Sholihin.

“Nur Shafia Aaliya Mohd. Sholihin nama sebenar, yang panjang-panjang tu edit suka-suka sahaja, jangan marah ya,” kata Mohd. Sholihin.

Mengikut rekod JPN, antara nama terpanjang lain dimiliki Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airol Anizam yang didaftarkan pada 2014.

Sebagai makluman, JPN membenarkan nama bayi yang ingin didaftarkan hendaklah tidak melebihi 80 aksara (huruf).

Nama paling pendek di Malaysia pula kekal milik seorang pelukis pelan, S Binti Rusli yang berasal dari Johor Bahru, Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI