fbpx

Dalang tragedi bot karam di Kota Tinggi dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin

JOHOR BAHRU – Dalang yang disyaki terlibat dalam kejadian bot pancung karam di Pantai Tanjung Balau, 15 Disember lalu, yang mengorbankan 21 nyawa pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah dikenal pasti.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata, butiran lanjut mengenai dalang berkenaan bagaimanapun masih belum dapat didedahkan berikutan tidak mahu menganggu siasatan

“Polis Johor dan Polisi Republik Indonesia (POLRI) sudah tahu siapa dalang di sebalik tragedi bot pancung karam di Tanjung Balau, yang mengorbankan 21 nyawa dengan 16 masih hilang serta 13 PATI terselamat.

“Tindakan susulan sedang diambil polis dari kedua-dua negara ketika ini.

“Maklumat lanjut tidak boleh didedahkan supaya tangkapan berjaya dilakukan. Nanti kita akan maklum jika sudah ada tangkapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Pada 15 Disember lalu, bot membawa 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia itu terbalik akibat cuaca buruk ketika dipercayai mahu mendaratkan migran terbabit di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Akibat tragedi itu, seramai 21 mangsa mati termasuk seorang yang meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, manakala 13 terselamat dan 16 lagi masih belum diketahui status mereka.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI