fbpx

Sindiket dadah didalangi warga tempatan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Serdang Seri Kembangan pada Ahad.

PETALING JAYA – Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat memproses dadah di sebuah kondominium yang dijadikan stor dan tempat memproses dadah di Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor Ahad lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, kedua-dua lelaki tempatan masing-masing berusia 23 dan 64 tahun itu ditangkap melalui satu operasi terancang iaitu Ops Catrina.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dan merampas dadah seperti 309 botol cecair methylenedioxy-methamphetamine (MDMA), serbuk MDMA, 120 biji pil ekstasi, 40 biji pil erimin 5, 38.30 gram dan 83.4 gram ketamin dengan nilai keseluruhan ialah RM333,282.

“Siasatan mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak sebulan yang lalu dan menggunakan premis kondominium dengan kawalan keselamatan yang ketat bertujuan mengaburi kegiatan mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Shokri berkata, dadah itu dipercayai akan dijual kepada pelanggan pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut mampu menampung penggunaan seramai 14,345 orang pengguna.

“Kedua-dua suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari dari 3 hingga 9 Januari 2022.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI