fbpx

Ketua jurulatih import mampu ubah landskap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
O’DONELL percaya pelantikan jurulatih asing adalah langkah terbaik demi masa depan bola sepak Malaysia.

SKUAD Harimau Malaya mungkin mengambil ‘acuan’ daripada luar negara apabila dikhabarkan bakal melantik ketua jurulatih import menggantikan tempat Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan minggu ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell yang mencadangkan agar pe­ngendali import dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada masa akan datang.

O’Donell menegaskan, perubahan kerusi ketua jurulatih perlu dilakukan demi kebaikan jangka masa panjang bola sepak negara yang sebelum ini dikritik hebat ekoran kegagalan pada kempen Piala AFF Suzuki 2020.

“Saya melihat skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibim­bing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu.

“Ia bukan untuk tempoh masa pendek tetapi buat jangka masa yang panjang,” katanya.

Difahamkan, FAM akan membincangkan mengenai calon pengganti kepada Cheng Hoe dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan selepas ini.

Antara nama yang dikaitkan ialah ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Brad Maloney dan pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak.

Sementara itu, O’Donell juga mahu meneruskan kesinambu­ngan dan memperkasakan peta hala tuju F:30 badan induk ber­kenaan bagi tempoh 12 tahun.

“F:30 adalah pelan strategi untuk 2019 hingga 2030, namun pandemik Covid-19 telah menjejaskan perancangan itu. Peta hala tuju ini sememangnya pelan yang bagus tetapi ia boleh dikembangkan mengikut peredaran dan kesesuaian masa.

“Tidak semestinya ia hanya tertumpu kepada apa yang kita ingin capai seperti pasukan kebangsaan yang berprofil tinggi tetapi ia juga meliputi pembangunan akar umbi, belia, pendidikan jurulatih, bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI