fbpx

Rossi terlepas aksi perlumbaan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI sepatutnya turun beraksi dalam saingan Gulf 12 Hours selepas disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19. – AFP

ABU DHABI – Impian Valentino Rossi untuk menyertai perlumbaan Gulf 12 Hours hujung minggu ini di Abu Dhabi tidak kesampaian gara-gara Covid-19.

Juara dunia MotoGP itu di­arahkan menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga selepas menjadi kontak rapat individu yang dijangkiti Covid-19.

Rossi sepatutnya menyertai Kessel Racing untuk memacu jentera Ferrari 488 GT3 bersama rakan rapatnya, Alessio Salucci dan adik tirinya, Luca Marini.

“Marini dan Salucci sah akan beraksi di Abu Dhabi bersama David Fumanelli menggunakan jentera Ferrari 488 GT3.

“Rossi terpaksa menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19,” menurut Kessel Racing semalam.

Ia bukan penyertaan pertama Rossi dalam perlumbaan lasak itu kerana pernah muncul juara kelas Pro-Am pada 2019 dan meraih tempat keempat dalam saingan Gulf 12 Hours sebelum ini.

Rossi juga pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini dan terpaksa melepaskan perlumbaan MotoGP di Aragon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI