fbpx

Chelsea ‘sebelah kaki’ ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (tengah) membuka tirai jaringan buat Chelsea ketika menumbangkan Spurs 2-0 di Stamford Bridge awal pagi semalam. – TWITTER CHELSEA FC

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memuji anak-anak buahnya yang kembali menemui prestasi sebenar selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stamford Bridge itu, skuad The Blues memanfaatkan aksi longlai yang dipamerkan oleh Spurs untuk merekodkan kemenangan hasil ledakan Kai Havertz dan jaringan sendiri Ben Davies.

Kata Tuchel, pasukannya boleh meraih jaringan lebih besar tetapi mensia-siakan beberapa peluang keemasan dan kini menyeru agar barisan pemainnya fokus untuk mengharungi aksi kedua di tempat lawan pada 13 Januari ini.

“Ini adalah keputusan yang positif buat kami selepas dibelenggu dengan kemelut prestasi. Kami berjaya mendominasi sepenuhnya perlawanan dan tidak membuka ruang buat lawan tetapi malangnya kami gagal menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Sementara itu, Tuchel turut memuji impak penyerang sensasi, Romelu Lukaku yang kembali diletakkan dalam kesebelasan utama selepas mencetuskan kontroversi apabila menyatakan dia tidak gembira bersama The Blues minggu lalu.

“Saya percaya Lukaku telah mempamerkan aksi profesional yang kita mahukan dan tidak terjejas dengan isu sebelum ini. Dia sangat tenang di atas padang, cumanya tidak bernasib baik apabila gagal mencipta nama sebagai penjaring.

“Mengenai masa depannya, saya percaya situasi itu tidak lagi berada dalam mindanya. Saya harap dia kekal fokus untuk membantu pasukan mencapai objektif untuk saingan musim ini,” kata pengendali kelahiran Jerman itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI