fbpx

Tuduhan pembalakan punca utama banjir bukan 100 peratus betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara CEO MBI Kedah, Muhammad Sobri Osman dengan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamad Adikan di Wisma Darul Aman, hari ini.

ALOR SETAR – Tuduhan kononnya pembalakan menjadi punca utama kepada bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini bukanlah 100 peratus betul sebaliknya hanya persepsi disebarkan pihak tertentu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemerhatian beliau mendapati kayu-kayu yang tersangkut di sungai atau ‘naik’ ke rumah mangsa bukan terdiri daripada kayu balak.

“Siapa biasa duduk dalam hutan dia memang tahu bahawa yang tersangkut itu bukan balak pun sebaliknya pokok yang memang senang tercabut.

“Macam yang berlaku di Titi Hayun dekat Yan sebelum ini, satu negara tuduh ada pembalakan di Gunung jerai tetapi datang fakta dan perincian, ternyata tidak ada pembalakan di Gunung Jerai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Menteri Besar Incorporated (MBI Kedah) bersama Universiti Sains Malaysia (USM), Permodalan Kedah Berhad (PKB), Hayun Land Sdn. Bhd., Kedah Agro Holdings Berhad dan MHC Trading Sdn. Bhd. di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihak berkaitan perlu tampil dengan perincian berhubung perkara sebenarnya yang berlaku.

“Kalau kita mengalah awal dan tidak menjawab berhubung isu berkenaan, orang akan percaya kononnya berlaku pembalakan. Ini masalah netizen yang hanya bercakap dengan mengutip fakta tepi longkang dan reban ayam, kemudian dakwa ‘benda’ itu betul,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI