fbpx

Robot mampu baca fikiran manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBOT pembaca minda sedang bekerja dengan sukarelawan dalam percubaan pemasangan produk. - Dong Yuanfa, Pusat Teknologi Inovasi Pembuatan Pintar, Universiti Three Gorges China.

BEIJING – Sekumpulan penyelidik di China dilaporkan membina robot industri yang boleh membaca fikiran manusia sehingga 96 peratus, lapor akhbar South China Morning Post semalam. 

Robot industri itu bakal digunakan sebagai rakan sekerja bagi pekerja kilang dalam usaha meningkatkan tahap kecekapan dalam sesuatu penghasilan produk.

Menurut penyelidik Pusat Teknologi Inovasi Pembuatan Pintar, Universiti Three Gorges China, robot itu bukan sahaja mampu memantau gelombang otak pekerja tetapi turut mengumpul isyarat elektrik daripada otot untuk sama-sama berfungsi bagi menghasilkan produk yang kompleks.

“Selepas ini, pekerja kilang tidak perlu menyuruh atau mengeluarkan arahan secara verbal kerana robot industri ini boleh membaca fikiran mereka.

“Ini akan membantu proses penghasilan produk dilakukan dengan lebih pantas dan berkualiti,” jelas ketua saintis projek tersebut, Dong Yuanfa

Dalam pembuatan industri moden, kerja pemasangan di sesebuah kilang menyumbang 45 peratus daripada jumlah beban kerja dan 20 hingga 30 peratus daripada jumlah kos pengeluaran.

“Bagaimanapun, robot kolaboratif atau ‘cobot’ hanya membantu mempercepat aktiviti pemasangan namun aplikasinya kekal terhad kerana keupayaan mengenal pasti fikiran manusia selalunya tidak tepat dan tidak stabil”, jelas Dong. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI