LONDON – Seorang pengguna media sosial mendakwa mempunyai pengetahuan psikik telah membuat ramalan berkenaan kejadian luar biasa bagi 2022, lapor akhbar Daily Star semalam.
Video itu dimuat naik di akaun TikTok bernama @aesthetictimewarper.
Dia yang menggelarkan dirinya pengembara masa tidak berpuas hati apabila kebolehannya diragui telah menyatakan tarikh baharu berkenaan ramalan masa depan.
“Saya dikatakan pengembara masa yang palsu, jadi ingat tiga tarikh penting pada awal 2022 ini. 11 Mac- anak kacukan manusia cimpanzi pertama akan dilahirkan. Ia boleh bercakap dan mempunyai ciri-ciri campuran.
“19 April- Varian baharu Covid-19 bernama ‘Omega’ akan muncul, lima kali lebih teruk daripada kesemu varian lain. Akhir sekali, pada 17 September, makhluk terbesar ditemui di lautan dipanggil ‘Cerine Croin’, empat kali ganda saiz ikan paus biru,’’ jelas pengguna itu.
Video itu mendapat lebih daripada 10 juta tontonan dan setengah daripadanya memberikan tanda suka dengan beribu-ribu komen ditinggalkan. – Agensi