fbpx

Geng Muruku samun, pecah kuil tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (tengah) menunjukkan parang digunakan Geng Maruku

KUALA LANGAT – Kelicikan Geng Muruku melakukan samun dan pecah rumah termasuk di tiga buah kuil sejak tiga bulan lalu berakhir selepas ditahan dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.

Lima suspek termasuk ketua geng berkenaan dikenali Muruku berusia 18 hingga 30 tahun ditangkap antara pukul 12.15 tengah malam hingga 4.45 pagi di Banting dan Bandar Baru Klang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima laporan daripada seorang setiausaha Kuil Sri Sithuvinayagar Alayam di Telok Bunut, Banting memaklumkan dua pekerja kuil itu cedera di kepala akibat dipukul menggunakan kayu oleh dua suspek.

Katanya, turut hilang adalah seperti pasport, telefon bimbit, komputer riba, wang tunai RM7,800 serta barangan kemas bernilai RM16,000 milik kuil.

“Bertindak maklumat, kita menahan kesemua suspek di Bandar Baru Klang dan Banting serta menemui barangan milik mangsa disyaki hasil jenayah geng berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mereka aktif sejak tiga bulan lalu serta mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya juga berjaya merampas semula barangan hasil jenayah geng itu termasuk televisyen, peket susu tepung, amplifier, dua batang memancing, set mesin dril dan mesin penyemburan asap.

Jelas Ahmad Ridhwan, modus operandi geng ini adalah melakukan jenayah pecah rumah khususnya waktu malam dengan menggunakan peralatan jenayah itu selain senjata seperti parang dan kayu rotan.

“Kuil menjadi sasaran susulan kebiasaannya ada pengunjung yang meletakkan barangan kemas ketika upacara sembahyang.

“Sekiranya samun, mereka akan mengikat mangsa dan melarikan barangan berharga,” katanya.

Beliau menegaskan, menerusi penangkapan itu berjaya menyelesaikan 20 kes pecah rumah di sekitar Banting, Kuala Selangor dan Klang.

“Antara kes itu adalah pecah pejabat peladang daerah ini pada hujung Disember lalu.

“Kesemua suspek yang merupakan penganggur itu kini direman selama enam hari mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI