fbpx

Lebih RM39 juta BWI telah disalurkan kepada mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mastura menyantuni mangsa banjir yang menerima BWI di balai raya MPKK Kampung Lombong, Seksyen 29, hari ini.

SHAH ALAM- Lebih RM39 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah diberikan kepada mangsa banjir gelombang pertama di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid berkata, bantuan tersebut disalurkan setiap hari oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi meringankan beban orang ramai sejak diumumkan sebelum ini.

“Alhamdulillah, proses pemberian BWI di sini berjalan lancar walaupun ramai yang hadir.

“Kesemua mangsa akan diberikan sesi janji temu dan sekiranya tidak hadir, kita akan cuba cari mereka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pemberian BWI di balai raya Majlis Pengurusan Komuniti Malaysia (MPKK) Kampung Lombong, Seksyen 29, di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI