fbpx

Polis serah siasatan kes buli pelajar MRSM kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OMAR Bakhtiar Yaakob (kiri) menyampaikan surat penghargaan polis kepada penerima pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini hari ini.

KUALA KANGSAR – Kertas siasatan kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di sini, telah lengkap dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaakob berkata, kertas siasatan tersebut dirujuk untuk penelitian pihak pendakwaan kelmarin.

“Setakat ini, kita belum menerima sebarang arahan lanjut bagi kes buli membabitkan 10 pelajar yang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini hari ini.

Terdahulu, pada 10 Disember tahun lalu, media melaporkan, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI