fbpx

Lelaki lemas, rakan masih hilang ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki lemas ditemui selepas lima hari dilaporkan hilang ketika keluar memancing bersama rakannya di perairan antara Kampung Limbuak Laut dan Pulau Balambangan.

KUDAT – Seorang lelaki ditemui lemas manakala rakannya masih hilang selepas lima hari tidak pulang ke rumah ketika keluar memancing di perairan Kudat.

Mangsa, Lauran Maujan, 53, ditemui kira-kira pukul 3 petang pada Selasa di perairan Kampung Selamat, Pulau Balambangan, manakala Kamri Kail, 51, masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilaksanakan.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, menurut laporan kedua-dua mangsa keluar memancing pada 1 Januari lalu dengan menaiki sebuah bot kayu di sekitar kawasan perairan antara Kampung Limbuak Laut dan Pulau Balambangan.

“Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga aduan diterima pada jam 10.48 pagi kelmarin.

“Susulan laporan itu, ‘Maritime Rescue Sub Centre’ (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan operasi SAR yang kemudiannya salah seorang mangsa berjaya ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 3 petang.

“Mayat mangsa terus dibawa ke Klinik Kesihatan Kerakit, Pulau Banggi bagi tindakan lanjut oleh pihak polis,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan dengan dikoordinasikan oleh Maritim Malaysia selain turut dibantu agensi penyelamat lain termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Dalam pada itu, Chin Chau turut menasihatkan komuniti maritim supaya sentiasa berwaspada dan menangguhkan dahulu aktiviti laut susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI