fbpx

Jadual padat kejohanan olahraga untungkan Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) mencatat masa 10.37s dalam acara 100m pada Kejohanan KL Allcomers di Stadium Mini MSN hari ini.

PERMATA olahraga negara, Mu­hammad Azeem Mohd. Fah­mi bakal mendapat peluang menguji kemampuannya dalam beberapa kejohanan antarabangsa tahun depan sama ada dia mampu bersaing hebat atau sekadar jaguh kampung.

Bagi Azeem, matlamat uta­manya tahun depan adalah la­yak ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam bermula 21 November hingga 2 Disember setelah gagal bersaing dalam kejohanan antarabangsa tahun ini.

Walaupun baru berusia­ 16­ tahun, tetapi ia tidak meng­halang Azeem untuk memahat namanya sebagai pelari keenam terpantas dalam sejarah 200 meter (m) Malaysia dengan catatan masa 21.04 saat (s) di Ipoh, Perak pada Februari lalu.

Malangnya, penularan pandemik Covid-19 sebulan kemudian merencatkan peluang atlet dari Ipoh, Perak itu untuk membuktikan kemampuannya kerana semua kejohanan tempatan dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.

Ia termasuk dua pertan­dingan utama sasarannya ia­itu Kejohanan Remaja Asia di Bangkok, Thailand pada Mei dan Kejohanan Remaja Dunia di Nairobi, Kenya yang sepatutnya berlangsung sekitar Julai lalu.

Justeru, Azeem yang diberi gelaran Usain Bolt Malaysia perlu memastikan dirinya bersedia sebaik mungkin menghadapi jadual padat tahun depan yang membabitkan enam kejohanan antarabangsa jika na­manya tersenarai.

“Tahun depan adalah antara tahun paling mencabar dalam karier saya. Selain peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, saya juga ada banyak kejohanan yang sepatutnya berlangsung tahun ini ditunda ke tahun depan.

“Rugi kalau saya tidak fokus pada kejohanan antarabangsa kerana ia satu pendedahan yang baik dalam perkem­bangan saya. Mungkin selepas ini saya perlu pilih platform-platform yang terbaik buat saya.

“Saya tak mahu letak sasaran catatan masa kerana saya perlu lakukan yang terbaik dalam semua pertandingan. Matlamat utama saya mahu rebut tempat ke Sukan SEA Vietnam 2021,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI