KOTA KINABALU – Bilangan mangsa banjir beberapa daerah di Sabah kekal melebihi angka 3,000 pagi ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata Sabah mencatatkan seramai 3,275 orang mangsa banjir melibatkan 1,350 keluarga yang kini ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 9.30 pagi tadi.
“Kota Marudu masih kekal merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,668 mangsa daripada 1,161 keluarga yang dipindahkan ke 14 PPS seluruh daerah berkenaan.
“Daerah kedua terbanyak mencatatkan penduduk terjejas banjir adalah Pitas dengan seramai 330 mangsa melibatkan 129 keluarga di empat PPS.
“Seramai 178 mangsa daripada 43 keluarga pula kini berada di enam PPS bagi daerah Telupid manakala Paitan merekodkan 54 mangsa banjir melibatkan 10 keluarga yang kini ditempatkan di dua PPS.
“Satu lagi daerah yang masih terjejas banjir adalah Sandakan yang setakat ini terdapat 45 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah PPS,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Jurucakap APM Sabah meminta orang awam khususnya penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai atau rendah agar sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan banjir.
“Kita sukar menjangkakan sitiasi banjir ketika ini berikutan keadaan cuaca tidak menentu,” katanya.- K! ONLINE.