fbpx

‘Culik’ anak elak vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan polis Sepanyol, Guardia Civil membuat rondaan di luar pusat penjagaan kesihatan Virgen de las Vinas di Tomelloso pada 8 April 2020. - AFP

SEVILLE, Sepanyol – Seorang wanita dituduh di Sepanyol melarikan dua anak lelakinya kerana mahu menghalang remaja berkenaan menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor agensi berita AFP, semalam.

Tuduhan tersebut dibuat oleh bekas suami wanita itu yang memberitahu pihak berkuasa bahawa anak mereka yang berusia 12 dan 14 tahun ‘diculik’ ibu sendiri.

Menurut bekas suaminya, wanita itu meninggalkan sepucuk surat mengatakan mahu memindahkan kedua-dua anak mereka ke sekolah baharu, sehari selepas mahkamah diberi kuasa menentukan kewajipan vaksinasi kanak-kanak.

Wanita berusia 46 tahun itu kemudiannya menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas laporan polis dibuat dan hak jagaan anak telah disekat oleh mahkamah.

Sepanyol adalah antara negara di dunia yang memulakan kempen vaksinasi Covid-19 ke atas kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun sejak 15 Disember tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI