fbpx

Bot penambang karam, tiga sukarelawan APM terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan beberapa anggota APM sedang menaiki bot sebelum bot itu terbalik.

JERANTUT – Tiga anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dalam perjalanan menghantar bantuan bekalan makanan ke kampung Orang Asli nyaris maut selepas bot penambang dinaiki mereka karam di Jeram Panjang, Sungai Tembeling berdekatan Taman Negara Kuala Tahan di sini hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, ketiga-tiga orang sukarelawan berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai.

Tiga sukarelawan tersebut ialah Roslan Abu Kassim, 58, Ahmad Turmizi Abu Kassim, 52, dan Belandak Bajak, 28, yang merupakan Orang Asli etnik Bateq Kampung Kuala Atok, Kuala Tahan.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, ketika kejadian bot penambang milik Roslan dalam perjalanan menghantar bantuan bekalan makanan ke perkampungan Orang Asli etnik Bateq Kampung Aur juga di Taman Negara.

“Semasa melalui Jeram Panjang di Sungai Tembeling bot penambang yang mereka naiki telah dipukul alunan serta arus deras sehingga karam.

“Bagaimanapun ketiga-tiga orang sukarelawan APM itu berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke tempat yang lebih selamat dan tidak melibatkan kecederaan serta kemalangan jiwa,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI