fbpx

Pegawai bomba cedera terkena simen konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN pegawai bomba yang cedera ketika memadamkan kebakaran sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22, Shah Alam petang tadi.

SHAH ALAM – Seorang pegawai bomba cedera pada bahagian tengkuk terkena simen konkrit yang terjatuh ketika memadamkan kebakaran sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22 di sini, petang tadi.

Kejadian pukul 4.45 petang itu mengakibatkan mangsa, Yunuslie Julius, 28, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian sepasukan 26 anggota termasuk pegawai dari BBP Shah Alam sedang menjalankan pemadaman api di kilang tiga tingkat tersebut.

“Mangsa yang berada di tingkat bawah terkena simen konkrit sebesar dua batu bata. Simen itu terjatuh ke atas topi keledar dipakai mangsa hingga menyebabkan dia berasa sakit di bahagian tengkuk.

“Pemeriksaan lanjut termasuk imbasan X-Ray sedang dilakukan di HTAR dan mangsa dalam keadaan sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI