SEGAMAT – Tentera Darat Malaysia (TDM) membantu membawa keluar mangsa banjir kontak rapat Covid-19 di PPS Balai Raya Kampung Padang Kiambang, Batu Anam di sini hari ini.
Rejimen Keempat Artileri Diraja (4 RAD) dibantu bersama satu platun dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), misi menyelamat Ops Murni bagi menghantar sembilan penduduk di PPS tersebut ke Dewan Genuang, Segamat.
Anggota penyelamat dan peralatan yang terlibat telah disanitasi dibantu oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) daerah ini.
Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan berkata, perancangan Ops Murni ATM akan dikemaskini dari masa ke masa mengikut situasi banjir di sesebuah negeri dan sesuatu kawasan.-K! ONLINE