fbpx

SPRM teliti SOP khusus pantau isu salah laku pegawainya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti satu prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi memastikan isu penyelewengan dan salah laku membabitkan warganya tidak berulang pada masa depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang pada sidang akhbar khas, hari ini.

Abu Zahar berkata, SOP itu adalah antara 31 cadangan penambahbaikan tatacara kerja yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM.

Beliau berkata, antara cadangan dikemukakan termasuk berkaitan pengendalian barang kes, pengendalian dokumen penting dan pemeriksaan prosedur siasatan serta keperluan logistik.

“JKA akan bertanggungjawab mengenal pasti kelemahan dan tatacara kerja selain memberi cadangan dan syor yang difikirkan sesuai bagi keperluan SPRM.

“Selain itu, JKA juga bertanggungjawab memantau pengendalian oleh SPRM berkaitan aduan mengenai salah laku tidak bersifat jenayah terhadap pegawainya,” katanya.

Sementara itu, Abu Zahar berkata, SPRM juga akan melaksanakan tindakan paling maksimum bagi memastikan kawalan dalaman terhadap pegawai seperti mewujudkan Pelan Antirasuah SPRM (2021-2025) dan Kod Etika dan Tatakelakuan SPRM.

Menurutnya, SPRM juga menubuhkan satu cawangan khas sebagai langkah pencegahan untuk mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai disyaki terbabit jenayah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI