fbpx

Liverpool mohon tunda perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (kanan) turut menyertai beberapa pemainnya yang terpaksa menjalani proses kuarantin ekoran masalah Covid-19 yang melanda Liverpool. – AFP

LONDON – Pasukan Liverpool telah mengemukakan rayuan rasmi terhadap penganjur untuk menunda saingan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Arsenal kerana tidak mempunyai skuad yang lengkap ekoran penularan wabak Co­vid-19 ketika ini.

The Reds terpaksa membatalkan sesi latihan yang sepatutnya berlangsung kelmarin kerana beberapa pemain dalam skuad utama disahkan positif selepas berjangkit dengan empat individu yang terlebih dahulu dikuarantin iaitu Alisson Becker, Roberto Firmino, Joel Matip dan pengurus, Jurgen Klopp.

“Pihak kami terpaksa memohon kepada EFL agar memberi pertimbangan untuk menunda perlawanan separuh akhir pertama menentang Arsenal yang sepatutnya berlangsung awal pagi esok kerana lebih ramai pegawai dan barisan pemain kami diarahkan menjalani kua­rantin.

“Situasi ini dibuat selepas mereka disahkan positif Covid-19 sehingga menyebabkan pasukan terpaksa membatalkan sesi latihan yang telah dirancang pada hari ini (kelmarin). Kami harap EFL dapat membuat keputusan secepat mungkin,” kata Liverpool dalam satu kenyataan semalam.

Selain daripada kekangan wabak pandemik Covid-19, Liver­pool juga kehilangan tiga tonggak utama yang kini menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan masing-ma­sing iaitu Mohamed Salah, Naby Keita dan Sadio Mane.

Difahamkan, Liverpool bakal membuat rayuan yang sama kepada penganjur Piala FA untuk menangguhkan aksi pusingan ketiga menentang kelab kurang ternama, Shrewsbury di Anfield yang sepatutnya dilangsungkan pada Ahad ini.

Sebagai rekod, Liverpool berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan Leicester City menerusi penentuan sepakan penalti pada bulan lalu dan kini memburu slot ke final buat kali pertama sejak musim 2016. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN