fbpx

Bapa gigih hantar susu badan ke NICU, bayi 3 bulan sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Shahrul Amri yang menceritakan kisah anak kecilnya yang mengalami masalah jantung.

PETALING JAYA – Sibuknya ibu bapa pasti tersedia waktu untuk diberikan kepada anak-anak dan kasih sayang mereka tiada tandingannya.

Menerusi perkongsian oleh Shahrul Amri di media sosial, dia dan isteri diuji dengan perkhabaran anak sulung mereka yang baru berusia tiga bulan mengalami masalah jantung dan kini masih bergantung pada ubat dan oksigen dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital.

Menurut Shahrul, dia tidak pernah lupa menghantarkan bekalan susu badan untuk bayi mereka sepanjang berada tempoh tiga bulan berada di NICU dan sehingga kini anaknya masih dirawat di sana.

“Hari ini sudah genap usia kamu sayang (anak) dan abah (Shahrul) tak pernah lupa hantar susu ibu buat dirimu.

“Tiga bulan dan masih menanti, semoga ada berita gembira buat ibu dan abah,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Dalam video yang lain, Shahrul turut berkongsi cerita mengenai keadaan terkini anaknya dan kisahnya berjaya menyentuh hati orang ramai.

“Pakar perubatan ada maklumkan bahawa jangka hayat anak saya mungkin tidak lama dengan keadaannya yang masih kurang baik.

“Pihak hospital memang tak boleh jalankan apa-apa pembedahan dan operasi sebab risiko lebih tinggi dan doktor juga ada cakap, jika kandungan ubat didapati mencapai dos maksimum, saya dan isteri perlu bersedia melepaskan anak kami,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut bersimpati dengan ujian yang menimpa keluarga muda ini dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka diuji dengan perkara yang sama.

“Sahabat, sabar ya, anak saya pun doktor jangka boleh tahan tiga minggu tapi doa ibu tiada hijab dan Alhamdulillah masih bertahan dan anak saya dah setahun empat bulan,” kata Nurfatin Syafiqah.

“Semoga keadaan yang kritikal ini berlalu dengan cepat, dan semoga keadaan bayi dapat pulih dengan sihat,” kata @Rayyan.

“Semoga segalanya dipermudahkan buat abang dan isteri, kami doakan anak abang cepat sembuh, doakan keajaiban yang berlaku suatu hari nanti,” kata @Ally933. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI