fbpx

RON97 naik tiga sen, RON95, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik 3 sen iaitu daripada RM3 kepada RM3.03 seliter berkuat kuasa esok sehingga 12 Januari depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Jelasnya, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI