fbpx

Askar wanita Sikh takluki Kutub Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chandi berbangga kerana mencatat kejayaan luar biasa apabila menjadi wanita kulit berwarna pertama yang menamatkan ekspedisi solo ke Kutub Selatan. - TV Guide Time

LONDON – Seorang anggota  tentera wanita berketurunan Sikh mencatat kejayaan luar biasa apabila menjadi wanita kulit berwarna pertama yang menamatkan ekspedisi solo ke Kutub Selatan dengan menggunakan ski, lapor laman berita Wionews semalam.

Preet Chandi, 32,  mengambil masa selama beberapa bulan untuk melakukan perjalanan merentasi Benua Antartika dengan menggunakan ski.

Pada 3 Januari lalu, Chandi mengumumkan bahawa dia menamatkan perjalanan sejauh 1,126 kilometer itu dalam masa 40 hari.

Pada 7 November 2021, Chandi terbang ke Chile dan memulakan ekspedisinya  dari Hercules Inlet di Antartika. 

Sepanjang perjalanan, wanita itu menarik  kereta luncur seberat 90 kilogram yang memuatkan kit, bahan api dan makanan untuk bertahan selama kira-kira 45 hari.

Sebelum memulakan perjalanannya, Chandi berkata bahawa dia berharap pengembaraannya itu akan memberikan  inspirasi kepada orang lain.

“Saya mahu menggalakkan orang ramai untuk mencabar dan mempercayai diri mereka sendiri dan saya juga mahu anda dapat melakukannya tanpa dilabelkan sebagai ‘pemberontak’,” demikian tulis Chandi pada satu hantaran di blognya pada 3 Januari lalu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI