fbpx

APMM catat rampasan terbesar daun ketum RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas di perairan Kuala Kedah pada awal pagi semalam. FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan satu sindiket penyeludupan daun ketum berskala besar apabila merampas lima tan daun tumbuhan itu yang dianggarkan bernilai RM900,000 di perairan Kuala Kedah pada semalam.

Rampasan itu merupakan yang terbesar pernah dicatatkan APMM setakat ini dengan jumlah tersebut hampir menyamai jumlah rampasan sepanjang tahun lalu sebanyak 5.97 tan.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah memberitahu, sindiket penyeludupan dilihat mengubah taktik dengan menyeludup daun ketum dalam jumlah yang besar.

“Penyeludup juga didapati menggunakan bot dengan enjin berkuasa tinggi iaitu dua enjin dengan setiap satu berkuasa 115 kuasa kuda berbanding bot lebih kecil dengan satu enjin berkuasa antara 70 hingga 90 kuasa kuda sebelum ini.

“Penggunaan bot tersebut membolehkan penyeludup bergerak lebih pantas ke sempadan negara iaitu dalam masa kurang sejam,” katanya kepada pemberita di Kuala Kedah di sini hari ini.

Katanya, dalam tangkapan terbaharu tersebut, bot ronda Perkasa 1226 telah diatur gerak ke lokasi tangkapan susulan maklumat risikan mengenai satu perancangan aktiviti menyeludup daun ketum oleh sindiket dalam skala besar.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI