JAKARTA – Sebuah klip video tular memaparkan pertengkaran antara seorang wanita dengan bakal suaminya yang ditangkap kerana berlaku curang, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @memomedsos.
Difahamkan, mereka berdua sudahpun mengedarkan kad jemputan perkahwinan kepada orang ramai dan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.
“Saya mengikut keretanya sejak dari tadi, ternyata dia bersama gadis lain. Walaupun saya pernah mengesyakinya, dia selalu menjawab bahawa itu hanya rakan sekerjanya,’’ tulis wanita tersebut.
“Tahniah, kamu berdua telah merosakkan saya dan keluarga saya,” tulisnya lagi.
Katanya, lebih menyakitkan hati kerana bakal suaminya bertindak membela gadis itu.
Rata-rata netizen memberikan respons terhadap kejadian tersebut.
“Alhamdulillah cik, Allah dah tunjukkan siapa sebenarnya bakal suami cik. Lebih baik tahu sebelum berkahwin,’’ tulis seorang netizen. – Agensi