SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersedia untuk proses pembersihan dan kutipan sampah banjir fasa kedua bermula 10 hingga 20 Januari depan.
Timbalan Datuk Bandar, Mohd. Rashidi Ruslan berkata, ini melihat kemungkinan ada mangsa-mangsa banjir yang belum membuat kerja pembersihan rumah mereka dengan sampah dibuang di tapak sama.
“Justeru, kita telah menambah satu lagi pusat pemindahan sampah atau transit di Seksyen 35.
“Ini menjadikan keseluruhan tujuh kesemua pusat transit sampah yang dibuka bagi sampah banjir ini selepas di Seksyen21, Seksyen 25, Seksyen 34, Seksyen 28 dan Seksyen 29,” katanya kepada pemberita selepas melawat stesen transit sampah banjir di Sri Muda, Seksyen 35 dan Seksyen 21.
Mohd. Rashidi memberitahu, bagi keseluruhan kawasan Srri Muda sahaja didapati sebanyak 16,431 tan metrik telah dikutip setakat 21 Disember lalu sehingga semalam. – K! ONLINE.