fbpx

Saya berhijab, takut nak ‘terkinja-kinja’ – Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH ROSE

PETALING JAYA – Pelakon baharu yang semakin mencipta nama Sharifah Rose mengakui bahawa dia perlu pandai membawa dan menjaga diri daripada berkelakuan tidak sopan kerana membawa imej wanita berhijab.

Pelakon berusia 23 tahun itu yang kini terlibat dengan sebuah rancangan realiti yang diadaptasi daripada program televisyen Korea, Master In The House Malaysia berkata kepada Kosmo! Online, dia perlu memikirkan satu-satu tawaran yang diberikan kepadanya untuk disesuaikan dengan imejnya yang menutup aurat.

“Salah satu perkara yang saya perlu beri perhatian adalah imej saya yang berhijab. Saya kini terlibat dengan program realiti Master In The House Malaysia dan salah satu tugasan yang perlu saya buat adalah menari.

“Sudahlah saya tidak pandai menari, imej pula bertudung. Jadi saya takut juga jika dikritik netizen kalau saya ‘terkinja-kinja’,” katanya kepada Kosmo! Online

Ujar pelakon yang mesra disapa Rose itu lagi, dia ada bertanyakan tentang perkara tersebut kepada pihak penerbitan dan meminta pandangan mereka.

“Saya disaran untuk menari setakat mana yang saya mampu dan produser juga sudah pesan tidak perlu  try hard dan buat ikut kemampuan,” katanya.

Jelas pemilik nama lengkap Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira itu lagi, menyertai program Master In The House Malaysia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan lebih-lebih lagi rancangan tersebut turut melibatkan master dalam kalangan selebriti dan tokoh terkenal bukan sahaja di Malaysia, bahkan antarabangsa.

Malah, Rose turut berkesempatan menyuarakan pandangan dengan pengarah tersohor negara, Datuk Yusof Haslam yang turut menjadi salah sorang master jemputan dalam program tersebut.

“Sewaktu bertemu beliau, saya meluahkan apa yang saya lalui sebagai pelakon baharu. Saya mengakui agak sedikit terasa apabila dikritik penonton.

“Saya tanya bagaimana cara untuk menjadi aktres yang lebih baik. Pesan beliau, jika hidup berdasarkan kritikan orang, saya tidak akan sampai pada tahap yang saya impikan.

“Nasihatnya membuatkan saya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik. Lagipun saya masih muda dan akan sehabis baik untuk cari potensi diri,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar program Master In The House di Petaling Jaya Performing Arts di sini semalam.

Sekadar info, Master In The House Malaysia yang bakal bersiaran pada 15 Januari nanti turut menampilkan lima selebriti popular Malaysia iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (CASSIA) akan berguru dengan 8 ‘Master’ disegani dari Korea dan Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI