SELEPAS lagu Boneka milik Ernie Zakri diumumkan layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), ramai yang sudah mula risau dan memikirkan apa yang bakal berlaku nanti.
Iyalah, dengar-dengar Ernie dijangka bakal bersalin sekitar Februari seterusnya melalui tempoh berpantang, jadi adakah dia akan membuat persembahan atau ada penyanyi ganti pada AJL nanti.
Itu semua yang berlegar-legar dalam minda netizen terutama peminatnya ketika ini.
Selain ada komen lucu yang mahu Ernie membuat persembahan dari wad bersalin, terdapat netizen mencadangkan suaminya, Syamel atau ibu saudaranya iaitu Ziana Zain menggantikan posisinya kelak.
Dua nama besar tetapi masih tiada lagi kepastian. Sehingga kini Ernie dan pihak produksi sahaja tahu apa yang bakal berlaku pada persembahan tersebut.
Sama-samalah kita nantikan sama ada Ernie yang akan menyanyi atau terdapat penyanyi lain menggantikannya.
MIZZ LAHAR: Lagu Sekumpulan Orang Gila antara yang paling mendapat perhatian pada Separuh Akhir Muzik-Muzik lalu. Lain macam genre yang dapat bertanding ke AJL36 kali ini.