fbpx

36,087 Ketua Isi Rumah terima Bantuan Wang Ihsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa setakat pukul 1 tengah hari tadi, seramai 36,087 bersamaan 76 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000.

Menurut infografik yang dikongsi beliau di laman Twitter, seramai 47,461 KIR yang layak menerima BWI berkenaan.

“Kepada mereka yang masih belum mendaftar, segera hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera Kerajaan Persekutuan,” ciapnya hari ini.

Beliau sebelum ini mengumumkan BWI sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada setiap KIR yang terjejas banjir bermula 27 Disember tahun lalu.

Ismail Sabri berkata, pemberian BWI itu akan memanfaatkan lebih 45,000 KIR dan angka penerima dijangka bertambah sebaik kerajaan selesai mengenal pasti mereka yang terkesan namun tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI