fbpx

Henderson serius mahu cabar De Gea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON bersedia mencabar De Gea untuk merebut posisi penjaga gol utama United. - AFP

MANCHESTER – Penjaga gol Manchester United, Dean Henderson memberi amaran kepada rakan seposisinya, David De Gea bahawa dia tidak memilih kekal bersama pasukan itu sekadar untuk memanaskan bangku simpanan.

Selepas melalui tempoh cemerlang ketika dipinjamkan ke Sheffield United, Henderson kembali ke Old Trafford dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.

De Gea berdepan masalah prestasi sejak kebelakangan ini dan penjaga gol No. 1 United itu berdepan cabaran kehilangan posisi kepada pemain berusia 23 tahun itu.

“Sasaran saya adalah untuk terus bermain bola sepak, bukan setakat musim lepas sahaja. Saya berada pada momentum yang baik sepanjang dua musim dan ia bukan pilihan yang bijak untuk berada di sini memanaskan bangku simpanan. Saya tidak fikir itu akan membantu saya dan semua pihak.

“De Gea adalah jelas seorang penjaga gol yang baik dan telah melakukan tugasnya dengan cemerlang pada setiap musim sebelum ini. Ia sangat membe­rikan saya inspirasi untuk mencipta karier di kelab ini seperti yang dia lakukan. Ketika hari pertama kembali menjalani latihan, saya berazam untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya.

Henderson menjadi pemain pinjaman sepanjang lima tahun kontraknya bersama United sebelum ini dan berjaya muncul sebagai pemain yang cepat berkembang apabila terpilih sebagai antara bintang baharu penjaga gol England.

Henderson mengakui bahawa dia banyak belajar pada sesi latihan bersama United dan cuba untuk mendapatkan posisi utama bersama kelab itu serta England.

“Anda dapat banyak perkara ketika sesi latihan dan saya juga menimba pengalaman berharga menjalani latihan bersama De Gea serta jurulatih-jurulatih lain.

“Saya meninggalkan United lima tahun lalu. Saya menyertai Stockport, Grimsby, Shrewsbury dan Sheffield sepanjang tempoh tersebut, anda boleh lihat sebanyak mana pengalaman yang saya timba.

“Pengalaman ketika perlawanan bagi saya lebih penting berbanding ketika latihan. Saya perlukan masa beraksi dan berada di bangku simpanan tidak akan memberikan saya kelebihan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI