fbpx

Lebih 30 rumah di Segamat tinggal bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penduduk mendayung sampan di hadapan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Chodan, Segamat, Johor. Foto RAJA JAAFAR ALI

SEGAMAT – Lebih 30 buah rumah ditenggelami air hingga paras bumbung akibat banjir dan limpahan Sungai Chodan di beberapa kampung di daerah ini.

Antara kampung yang terjejas teruk akibat banjir ialah Kampung Pogoh Tengah, Bukit Sengir, Kampung Chodan dan Kampung Seberang Batu Badak.

Tinjauan Kosmo! mendapati kebanyakan rumah ditenggelami air sehingga paras bumbung termasuk dewan raya, balai raya dan sekolah.

Seorang penduduk Shidah Sulong, 78, dari Kampong Chodan berkata, banjir kali ini paling teruk berbanding lima tahun lepas.

Menurutnya, hujan lebat berterusan bermula jumaat mengakibatkan Sungai Chodan naik mendadak sehingga menenggelamkan rumahnya sehingga paras bumbung.

“Sedih apabila lihat rumah ditenggelami air dan banyak peralatan musnah, tapi saya bersyukur sebab cepat menyelamatkan diri sebaik air sungai naik mendadak,” katanya kepada pemberita di Kampung Chodan di sini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI