fbpx

KPDNHEP Perak kutip denda, kompaun lebih RM1 juta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifullizan melihat harga jualan yang dipamerkan peniaga semasa mengetuai sesi walkabout di Pasar Besar Ipoh pagi tadi.

IPOH – Sebanyak 80,987 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Perak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melibatkan nilai rampasan berjumlah RM766,144.16.

Daripada jumlah pemeriksaan itu juga menyaksikan nilai denda dan kutipan kompaun masing-masing diperolehi sebanyak RM548,224 dan RM532,170

Pengarah KPDNHEP negeri Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, sebanyak 74 kes di bawah Akta 342 telah dihasilkan melibatkan nilai kompaun terkumpul kira-kira RM220,500

“Sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 193 kes tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) Cawangan Negeri Perak telah difailkan.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 90 kes adalah melibatkan barangan dan 103 kes melibatkan perkhidmatan,” ujarnya ketika ditemui semasa mengetuai sesi walkabout di Pasar Besar Ipoh pagi tadi.

Tinjauan ini bagi memantau dan mendengar maklumbalas peniaga berikutan perlaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang telah dilanjutkan sehingga 4 Februari ini.

Ia melibatkan 12 jenis barangan makanan keperluan asas dari kategori ayam, telur ayam dan sayur-sayuran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI