PETALING JAYA – Selepas menunjukkan aksi ‘ganasnya’ ketika meminta wang, pelapis Long Tiger dilihat pula senang hati mengira wang.
Setelah tular dengan beberapa klip video aksi ganasnya ketika meminta wang, terbaharu kanak-kanak yang didakwa berbangsa Rohingya kembali lagi.
Menerusi satu video di media sosial, kanak-kanak sama yang dirakam memarahi pengguna jalan raya ketika merakam gerak gerinya sebelum ini dilihat sedang mengira wang pemberian orang ramai.
Ternyata pelapis Long Tiger itu nampaknya tidak seganas mana ketika mengira wang, malah dilihat cukup gembira dengan hasil yang diperoleh.
Rata-rata orang ramai menyifatkan hasil yang diperoleh kanak-kanak tersebut sepatutnya tidak perlu diberi oleh rakyat Malaysia yang sedia diketahui sebagai pemurah.
“Kalau tak beri wang rasanya tidak jadi macam ini, kalau tengok dalam video bukan main tebal duit dia kira tu.
“Betul rakyat kita pemurah, tapi biarlah bertempat. Bangsa ini dah lupa asal usul mereka. Senang saja naik kepala,” jelas PaanBelakang.
“Sudah banyak kali viral budak ni, pihak berkuasa tengok je ke? Atau suka tengok keadaan sekarang ni.
“Buat tindakan segera, kalau makin dibiar makin menjadi nanti. Lagi satu KL sudah nampak macam negara miskin, malu dekat orang luar nanti,” jelas Maisarah@irfan90. – K! ONLINE.